Setiap manusia memerlukan tidur yang mencukupi untuk mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan seharian. Bohonglah,kalau ada orang cakap dia tak pernah tidur. Kalau tak tidur, mata dah jadi macam panda kan? Comel?
Apabila kita tidur, sebenarnya, kita dianggap untuk mati sementara. Kenapa? Kerana pada waktu itu, roh akan keluar daripada jasad kita. Tiada jaminan untuk roh itu kembali bersama jasad apabila kita terjaga dari tidur nanti. Sebab itulah, sebelum tidur itu,kita digalakkan untuk mengambil wudhu' ,membaca doa tidur, berselawat dan bermacam-macam lagi.
Mimpi,ialah sebahgian daripada bahagian tidur.Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.
'' Sesungguhnya Allah akan membuktikan mimpi itu benar kepada RasulNya,kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikendaki Allah dengan aman.''
Surah Al-Fath, ayat 27
Terdapat tiga mimpi yang tak ditafsir:
1. Perkara yang dicita-cita di siang hari sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malamnya atau seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub- syaitan berada pada anggota-anggota badannya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Allah memberi kelebihan kepada NabiNya,Yusuf A.S untuk berkebolehan mentafsir mimpi ( mukjizat). Pada waktu itu, Raja Mesir bermimpi melihat tujuh lembu gemuk yang dimakan oleh tujuh lembu yang kurus. Tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai gandum yang kering.
Bijak pandai istana gagal mentafsir mimpi itu, sebaliknya Nabi Yusuf menerangkan Mesir akan menghadapi tujuh tahun yang subur diikuti tujuh tahun kemarau. Ini mengaitkan Baginda dengan wilayah pertanian pertama di dunia yang masyhur dari segi sejarah dan arkeologi, Al-Faiyum.
Menarik jika berbincang tentang mimpi inikan? Anda juga pasti pernah bermimpi kan? Anda percaya pada mimpi? Ikuti sambungannya nanti :)
No comments:
Post a Comment