Alhamdulillah, malam ni Umat Islam bakal melaksanakan ibadat solat terawih yang pertama bagi tahun ini. 1 Ramadhan secara rasminya telah tiba menjelang waktu maghrib. Aku sering dimaklumkan tentang ketibaan Bulan Ramdhan lagi tahun ini. Bersyukurlah kepada Allah kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk beribadat dalam Bulan Ramadhan tahun ini. Besar ganjarannya jika kita meningkatkan amal ibadat dalam bulan yang penuh dengan barakah ini.
Tahun ini juga,sebenarnya tahun yang aku rasakan agak berbeza dengan sebelum ini. Pada tahun ini, Allah telah menjemput datuk di sebelah ibuku untuk menemuinya dan tidak akan kembali menemui kami lagi selamanya. Datuk yang mesra dipanggil wan oleh kami semua,pergi dalam keadaan mengejut, dan pada ketika itu juga, ibu aku sedang sarat mengandungkan adik perempuanku yang kini berusia sebulan lebih.
Aku kini secara rasminya, telah menjadi penduduk di Bangi, Selangor. Aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS) yang tidak jauh dari rumah makngah aku di Bangi. Boleh berjalan kaki sahaja dari rumah makngah aku untuk ke KUIS. Biarpun, aku hanya mampu melanjutkan pelajaran ke kolej swasta, aku tetap bersyukur kerana Allah masih lagi memberikan kesempatan kepada hambaNya ini untuk sambung belajar. Tidak penting dimana kita belajar sebenarnya. Yang penting,bagaimana kita belajar dan berusaha mencapai kejayaan. Aku bakal mendaftar 11 Julai ini atau 2 Ramadhan.
Hanya Allah yang tahu betapa takutnya aku. Sebelum ini,aku tinggal di asrama,aku tahu macamana suasananya menyambut Ramadhan di asrama. Lain rasanya daripada berpuasa di rumah. Tahun ni, aku berpuasa dengan 'keluarga' baru. Aku tak tahu bagaimana rasanya. Tapi, alhamdulillah,daripada apa yang aku dengar, di sini,aku bakal didedahkan dengan pelbagai program islamik. Tambah-tambah di bulan mulia ini. Tak perlu bersusah-payah untuk menunaikan solat terawih di tempat lain.
Aku cuma mengharapkan sesuatu yang lebih baik terjadi di Ramadhan kali ini. Sebelum ini, aku sombong! Banyak sangat berdosa kepada Allah. Tak menghayati keindahan Ramadhan ini. Tahun ini, in shaa Allah aku berazam, untuk menyambut Ramadhan dengan penuh keinsafan. Aku mahu kembali kepada Allah. Aku mahu mencuba mendapatkan malam Lailatul Qadar.
Tadi,aku baru sahaja usai bersembang kosong dengan nenek tiriku,isteri kedua kepada arwah Wan aku yang tinggal bersama nenek dan makngah aku di Bangi. Besar betul pahala makngah aku kerana sanggup menyara hidup ibu dan ibu tirinya. Nenek tiri aku masih bersedih. Rindukan arwah Wan. Tapi,tadi dia tersenyum. Gembira betul mukanya.
'' Syukurlah Ramadhan dah mai. Berhentilah seksaan kubur dan sebagainya terhadap orang yang dah takdak. Syaitan pula dibelenggu!'' kata nenek.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Betul katanya. Baik betul Allah. Allah betul-betul memuliakan bulan ini. Semuanya agar hambaNya dapat menjalani ibadat puasa tanpa sebarang gangguan daripada syaitan. Yang menjadi masalah,hanyalah hawa nafsu kita. Kita kena bijak mengawal hawa nafsu kita. Kita tak boleh tumpas! Berpuasa ini, bukan sekadar menahan rasa lapar dan dahaga, tapi segalanya,agar kita mampu menjadi hamba Allah yang lebih baik. Tak guna berpuasa,kalau tidak bersembahyang. Tak guna berpuasa jika mulut masih ligat mengumpat. Hayati Bulan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan keberkatan. Banyakkan beribadah kepada Allah. Allah sudah bukakan jalan untuk kita, cuma menunggu kita melaluinya dengan betul atau tidak.
Ain't Perfect MUSLIM :)
Aku seorang hamba yang akan terus menjadi hamba dan hanya rela menjadi hamba kepada Yang Maha Esa Aku tak sempurna, tapi aku mencuba untuk menjadi yang terbaik
Tuesday, 9 July 2013
Friday, 5 July 2013
Mimpi Mainan tidur
Setiap manusia memerlukan tidur yang mencukupi untuk mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan seharian. Bohonglah,kalau ada orang cakap dia tak pernah tidur. Kalau tak tidur, mata dah jadi macam panda kan? Comel?
Apabila kita tidur, sebenarnya, kita dianggap untuk mati sementara. Kenapa? Kerana pada waktu itu, roh akan keluar daripada jasad kita. Tiada jaminan untuk roh itu kembali bersama jasad apabila kita terjaga dari tidur nanti. Sebab itulah, sebelum tidur itu,kita digalakkan untuk mengambil wudhu' ,membaca doa tidur, berselawat dan bermacam-macam lagi.
Mimpi,ialah sebahgian daripada bahagian tidur.Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.
'' Sesungguhnya Allah akan membuktikan mimpi itu benar kepada RasulNya,kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikendaki Allah dengan aman.''
Surah Al-Fath, ayat 27
Terdapat tiga mimpi yang tak ditafsir:
1. Perkara yang dicita-cita di siang hari sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malamnya atau seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub- syaitan berada pada anggota-anggota badannya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Allah memberi kelebihan kepada NabiNya,Yusuf A.S untuk berkebolehan mentafsir mimpi ( mukjizat). Pada waktu itu, Raja Mesir bermimpi melihat tujuh lembu gemuk yang dimakan oleh tujuh lembu yang kurus. Tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai gandum yang kering.
Bijak pandai istana gagal mentafsir mimpi itu, sebaliknya Nabi Yusuf menerangkan Mesir akan menghadapi tujuh tahun yang subur diikuti tujuh tahun kemarau. Ini mengaitkan Baginda dengan wilayah pertanian pertama di dunia yang masyhur dari segi sejarah dan arkeologi, Al-Faiyum.
Menarik jika berbincang tentang mimpi inikan? Anda juga pasti pernah bermimpi kan? Anda percaya pada mimpi? Ikuti sambungannya nanti :)
Manusia pertama yang diciptakan Allah
Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung,laut dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmah penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
